SIARAN MEDIA – #MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION SIRI 1

2 min read

SELASA, 2 MAC 2021

MOOD RAKYAT 01: PILIHAN TERBAIK BUAT TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PERDANA MENTERI?

Polemik politik sentiasa berlaku terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) selaku Perdana Menteri sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengalami pasang surut berkaitan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadapnya untuk memegang amanah jawatan nombor satu negara. Apakah ‘mood rakyat’ dalam menilai polemik ini? Apakah pilihan terbaik buat beliau di kaca mata rakyat Malaysia?

Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, hanya 19% yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.  Majoriti responden, 46% memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti. 29% pula berpandangan beliau wajar membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Hanya 2% sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa.

Berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, survei mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21 tahun hingga 66 tahun ke atas. Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti. Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

Dikeluarkan oleh: UNIT PENYELIDIKAN IDE

Ikuti ulasan SURVEI MOOD RAKYAT 01 di FACEBOOK & YOUTUBE IDE, siri FAKTA & ANALISIS, Jam 12:30 tgh hari, Selasa, 2 Mac 2021

About Author

2 thoughts on “SIARAN MEDIA – #MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION SIRI 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.