Analisis Awal Keputusan PRK N.36 DUN Pelangai

2 min read

INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

            1. Peratusan turun mengundi 72.12%.

            2. Barisan Nasional menang dengan peratusan 61.7% (73214). Menang majoriti: 2949

            3. Perikatan Nasional (PN) memperolehi 36.9% (4375)

            4. Sokongan Melayu kepada BN – 52.1%

            5. Sokongan Melayu kepada PN – 46.8% , Bebas – 0.4%

            6. Majoriti Cina kepada BN – 97%, PN – 2.8%, Bebas 1.0%

            7. Pola Pengundian Saluran dan Pusat Daerah Mengundi:

             – Barisan Nasional menang 7 daripada 9 Pusat Daerah Mengundi, meliputi 24 daripada 32 saluran

             – Perikatan Nasional menang 2 daripada 9 Pusat Daerah Mengundi, meliputi 8 daripada 32 saluran.

            8. Pola Pengundian FELDA:

Perikatan Nasional  menang 2 daerah mengundi  iaitu dua kawasan FELDA iaitu DM Felda Sungai Kemahal – PN: 49.78%, BN: 49.46% ( saluran 1 dan 4 dimenangi BN  dan saluran 2 dan 3 dimenangi PN)(Perbezaan 0.32% sahaja)  manakala DM Felda Sungai Kemasul – PN: 55.9% , BN: 43%)( saluran 1 dimenangi BN dan saluran 2,3,4 dan 5 dimenangi PN )(Perbezaan 12.9%) . BN tumpas di Saluran 2 dan 3 di Felda Kemahal. Bagi Felda Kemasul BN tumpas di Saluran 2-5. Calon PN, iaitu Cikgu Kassim kalah di kawasan kampung beliau sebagai calon di FELDA Chemomoi.

Barisan Nasional menang di Felda Chemomoi, BN: 53.8% menewaskan PN: 45.2% undi. (BN menang di saluran 1,2 dan 5; manakala PN menang di Saluran 3 dan 4.

            9. Pola Pengundian perbandingan antara perolehan undi PRU 15 dan PRK 2023:

            Undi PN – PRU 15 – PN: 25.4%,  PRK PN: 36.9%, Kenaikan: 11.5%

            Undi BN – PRU 15 – BN: 56.9%, PRK BN: 61.7%,  Kenaikan: 4.8 %

            Gabungan Undi PH + BN – PRU 15: 72.7%(9339), perbezaan undi adalah 2015.

Undi BN jika dibandingkan dengan undi BN PRU 15, wujud kenaikan. Namun jika jumlah undi BN ditambah undi PH, PRU 15 secara perbandingan dengan perolehan undi PRK, wujud kemerosotan undi. Faktor perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan peratusan turun mengundi antara PRK: 72% , PRU 15: 78.4%.

            10. Pola Pengundian Undi 18 (Analisis Melayu sahaja) Dalam mengkaji undi pecahan undi Melayu Bagi saluran UNDI 18 – 24,  BN menang dengan 53% (247), PN: 47% (218). BN menguasai untuk undi awal khususnya umur 18-24 tahun. Umur antara 25-50 tahun, PN mengekalkan penguasaan undi untuk umur tersebut sama seperti PRU 15 bagi undi Melayu. Pengundi Melayu BN yang berumur 50 tahun ke atas tegar kepada BN.

11. Undi Ditolak: Jumlah Undi ditolak 120 undi. 40% daripadanya adalah dari Saluran 1 yang kita anggap sebagai saluran veteran dan orang kurang upaya (OKU). Wajar diperhalusi samada mereka ini ada masalah mengundi yang betul atau wujud undi protes. Undi ditolak ini mewakili 1% daripada jumlah keseluruhan yang turun mengundi. Wujud juga undi ditolak di Saluran anak muda (S4 dan S5) iaitu sebanyak 20.8%. Adakah mereka keliru atau bermasalah untuk memangkah undi? Satu persoalan yang boleh diperhalusi dan dibincangkan.

12. Tidak Turun Mengundi: Jumlah yang tidak keluar mengundi sekitar 28% iaitu 4588 pengundi daripada jumlah 16,456 pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR). Berkemungkinan pengundi berkaitan tidak berkesempatan pulang, undi protes atau kurang kesedaran untuk turun mengundi.

Analisis awal IDE ini adalah berdasarkan cerapan data keputusan PRK N.36 Pelangai yang dipaparkan di Pusat Penjumlahan Undi sebagai keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Data berkaitan telah dicerakinkan dalam Paparan Analitik Tableau IDE: N.36 PRK DUN Pelangai yang boleh diakses secara online: https://public.tableau.com/views/ANALISISKEPUTUSANPRDUNPARLIMENN_36DUNPELANGAI_7OKT/DUNPELANGAI?:language=en-GB&publish=yes&:display_count=n&:origin=viz_share_link.

Data berkaitan akan dikemaskini dan tertakhluk kepada warta rasmi keputusan oleh SPR.

UNIT PENYELIDIKAN & DATA ANALITIK IDE

Emel: ide@ideselangor.com

Web: www.ideselangor.com

Whatsapp: +60193178669 (Arifin)

About Author

2 thoughts on “Analisis Awal Keputusan PRK N.36 DUN Pelangai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.