PDPA (BM)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
  2. Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh IDE Research Centre Sdn Bhd (“IDE”), sebuah badan korporat yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 yang beroperasi di No 45, Jalan Tukul P 15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
  3. Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.
Pengumpulan 
  1. Data Peribadi yang dikawal, diproses dan/atau diguna oleh IDE termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, butir-butir hubungan, jawatan, pilihan, minat, maklumat berkenaan firma anda dan/atau maklumat lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan seperti yang tersenarai dalam perenggan-peranggan 7 dan 8 di bawah. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi yang bersifat sensitif seperti kesihatan fizikal atau mental atau keadaan perubatan, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang seumpamanya, perlakuan atau dakwaan perlakuan apa-apa kesalahan.
  2. Data Peribadi anda dikumpul secara terus daripada maklumat dan/atau dokumen yang telah diberikan kepada kami, dan di mana perlu, dari pihak-pihak ketiga dan domain awam atau platform dalam talian.
  3. IDE juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, program latihan, persidangan, seminar, bengkel atau ceramah yang dianjurkan atau ditaja oleh IDE, dan/atau daripada ‘cookies’ yang digunakan di laman sesawang rasmi IDE.

Tujuan-tujuan Pemprosesan

  1. Data Peribadi anda mungkin dikawal, diproses dan/atau diguna untuk tujuan berikut: 
    • Untuk berkomunikasi dengan anda dan bertindak balas sebarang pertanyaan daripada anda berkaitan dengan IDE melalui apa-apa cara yang sah komunikasi;
    • Untuk tujuan pentadbiran dalaman termasuk fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti pentadbiran berkenaan bakat dan sumber manusia;
    • Untuk melaksanakan fungsi IDE termasuk tetapi tidak terhad kepada:
      • Program latihan dan Pendidikan
      • Persidangan, seminar, bengkel atau ceramah
      • Penyelidikan
      • Penerbitan
    • Untuk mematuhi apa-apa obligasi dan / atau keperluan kawal selia yang berkaitan operasi AIM di bawah mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, undang-undang kecil, dasar-dasar negara atau perintah mahkamah termasuk memberikan maklumat kepada agensi-agensi penguatkuasaan, badan kawal selia/berkanun dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk apa-apa tujuan yang sah seperti penguatkuasaan atau penyediaan apa-apa statistik;
    • meneruskan apa-apa kepentingan yang sah IDE yang termasuk mendapatkan apa-apa jumlah yang terhutang kepada IDE; dan
    • apa-apa tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan dengan apa-apa tujuan di atas.
  2. IDE juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan-tujuan berkomunikasi atau menyampaikan kepada anda:
    • Sebarang bahan-bahan pemasaran/ promosi daripada rakan kongsi strategik kami atau mana-mana pihak ketiga yang berkepentingan kepada anda;
    • Maklumat mengenai acara, program latihan, seminar, persidangan, bengkel dan ceramah yang dianjurkan oleh IDE atau pertubuhan-pertubuhan lain yang mungkin menarik minat anda; dan
    • Penerbitan seperti surat berita, jurnal, buku kecil, artikel dan pengemaskinian oleh IDE, rakan-rakan strategik IDE atau mana-mana pihak ketiga yang berkepentingan yang mungkin menarik minat anda.
  3. Sekiranya selepas ini anda tidak mahu memberikan persetujuan anda kepada kami untuk pemprosesan Data Peribadi anda yang berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disenaraikan di bawah perenggan 8 di atas atau selepas ini ingin menarik diri, anda boleh berbuat demikian dengan memaklumkan kepada IDE dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 21 di bawah.

Penarikan/had Persetujuan

  1. Pemberian Data Peribadi anda kepada kami adalah atas dasar sukarela. Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas
    dengan memberitahu kami secara bertulis menggunakan alamat yang dinyatakan dalam perenggan 21 di bawah.
  2. Sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi anda atau jika Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan kepada kami apabila diminta, kami mungkin tidak dapat untuk berkomunikasi dengan anda dan ini boleh menjejaskan keupayaan IDE untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan keupayaan anda untuk menikmati rangkaian penuh manfaat yang disediakan di atas.
  3. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui ‘cookies’ di laman sesawang IDE, anda boleh menyahaktifkan ‘cookies’.

Pendedahan & Pemindahan

  1. Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada kakitangan kami, sekutu, rakan strategik kami, pembekal perkhidmatan/pembekal kami, ejen-ejen yang dilantik oleh kami, perunding kami, penasihat undang-undang kami, juruaudit luar kami dan mana-mana orang yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan kepada IDE.
  2. Jika perlu dan suai manfaat, kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada badan-badan profesional, institusi latihan, institusi kewangan, apa-apa pihak berkuasa, agensi, badan atau jabatan-jabatan kerajaan dan/atau bukan kerajaan.
  3. Kami akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada kepada sesiapa yang mana kami terpaksa atau dikehendaki dibawah undang-undang.
  4. Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan bagi mana-mana maksud yang disebut di bawah perenggan 7 atau 8 kepada mana-mana pihak yang disebut di atas yang berada di dalam atau di luar Malaysia.

Penyimpanan

  1. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh MIA selagi ianya adalah perlu dan suai manfaat untuk memenuhi apa-apa maksud yang dinyatakan di atas selaras dengan amalan dalaman kami, keperluan peraturan dan keperluan undang-undang.

Integriti & Keselamatan

  1. Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan-pengkalan data dan di pejabat kami.
  2. Segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh IDE dilindungi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa persetujuan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.
  3. Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dalam penyimpanan kami adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda.

Akses & Pembetulan

Sekiranya anda ingin memohon akses atau membuat pembetulan pemprosesan Data Peribadi anda atau menarik balik/menghadkan persetujuan anda, anda boleh memohon secara bertulis kepada pihak berikut: IDE Research Centre Sdn Bhd,No 45, Jalan Tukul P 15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia Emel: ide@ideselangor.com, No Tel . : 03-55245444, No Faks : 03-55242437 Permohonan anda adalah tertakluk kepada had-had yang ditentukan di bawah undang-undang, syarat-syarat tertentu dan jangkamasa yang munasabah.

Persetujuan

  1. Sila ambil perhatian bahawa dari semasa ke semasa, kami mungkin akan meminta Data Peribadi baru daripada anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda atau terus berkomunikasi dengan IDE, kita akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan data tersebut.
  2. IDE mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman sesawang IDE. Dengan terus berkomunikasi dengan IDE atau dengan terus menggunakan perkhidmatan IDE berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, yang tersebut adalah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.
  3. Notis ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku pencanggahan di antara kedua-duanya, versi Bahasa Malaysia akan digunapakai.