Syiar Islam Kukuh Di Bawah Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor

3 min read

SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) — Momokan sesetengah pihak bahawa kedudukan Islam tergugat jika negeri diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) jauh menyimpang dari realitisebenar apabila kedudukan agama rasmi itu dilihat terus diperkukuh di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.


Ketua Institut Maqasid Syariah Jabatan Kecemerlangan Penyelidikan Universiti Selangor (Unisel) Hasri Harun berkata berdasarkan pemerhatiannya program berbentuk dakwah dinegeri itu kian meningkat dari tahun ke tahun, malah peruntukan yang diberi kerajaan negeri kepada institusi dan agensi kerajaan berkaitan agama Islam juga bertambah.


“Mengambil contoh usaha pemutihan sekolah agama persendirian yang dilaksanakan kerajaan negeri, ia seharusnya disokong semua umat negeri ini yang bertujuan untukmengangkat kualiti dan taraf institusi itu.


“Namun jika ada satu dua kes pusat tahfi z yang diambil tindakan, dikatakan pula sebagai usaha untuk melenyapkan agama Islam. Perkara sebegini harus dijelaskan kepadasemua masyarakat awam secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Bagi Pengerusi Persatuan Institusi Tahfi z Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Muhamad Hafi z Muhamad Haneefa berkata pelbagai program dilaksanakan oleh kerajaan negeridalam memperkasa institusi tahfi z membabitkan peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit.


PITAS dianggotai 478 sekolah agama persendirian dengan jumlah pelajar melebihi 22,000 orang.
Beliau berkata sejak 2008 kerajaan negeri telah memberi peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta kepada institusi tahfi z bagi pembaikan infrastruktur bangunan, selainmenyalurkan pelbagai bentuk biasiswa dan bantuan kewangan lain.


“Sejak 2018 juga, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan program fast track
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar tahfi zbelajar secara percuma pada hari hujung minggu di 12 pusat pengajian terpilih dengan peruntukan RM2 juta setahun,” katanya.


Malah beliau difahamkan kerajaan negeri juga membuat perancangan untuk memantapkan pendidikan tahfi z di Selangor yang kini telah mempunyai lima Maahad Tahfi z IntegrasiSelangor yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Selangor, selain merancang untuk menubuhkan sembilan Maahad Tahfi z Integrasi di sembilan daerah negeri itu.


Pada masa sama, Muhamad Hafi z meminta kerajaan negeri agar mempertimbangkan dana sokongan bagi membantu pusat tahfi z swasta negeri itu dalam bentuk elauntambahan kepada guru mereka memandangkan jumlah gaji yang diterima kebanyakannya adalah rendah dan dalam kategori asnaf.


Sejak 2018 hingga tahun lepas, kerajaan Selangor dilaporkan telah memperuntukkan RM1.4 bilion bagi mengukuh syiar Islam di negeri itu merangkumi kebajikan untukkakitangan masjid berbentuk elaun serta sumbangan khas perayaan, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 4,200 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain(Kafa) serta dana untuk keperluan institusi sekolah agama dan rumah ibadat.


Negeri itu juga meriah dengan penganjuran pelbagai program berbentuk kerohanian seperti Festival Turath Islami Selangor, Muzakarah Ulama-Umara dan Majlis Zikir Darul Ehsanyang melibatkan agamawan tempatan dan luar negara.


Terbaharu, penganjuran Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 29 Julai lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri AnwarIbrahim berjaya menarik lebih 5,000 hadirin dari pelbagai peringkat umur.


Kerajaan negeri juga terus konsisten dalam mendaulatkan kedudukan Islam dengan meletakkan teras agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah bagi TawaranKita Selangor sekiranya gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) dipilih untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.


Di bawah teras berkenaan, gabungan PH dan BN menawarkan antaranya kenaikan elaun imam, bilal, siak, nazir secara berperingkat, memudah cara pendaftaran sekolahmenengah agama Islam agar selamat dan kondusif untuk pelajar;


Memperkenal Biasiswa Al-Ghazali untuk pelajar tahfi z, pondok dan sekolah agama rakyat, subsidi kos tunai haji RM2,000 kepada RM3,000 jemaah muassasah kali pertama danmemperluas pengajian kitab turath ke setiap daerah. — BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Kredit Foto: Wallpaper Flare

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.