“BICARA SOAL EKONOMI MANUSIAWI TIDAK TERLEPAS DARIPADA BICARA SOAL MORAL DAN ETIKA.”

3 min read

KENYATAAN MEDIA

27hb Februari 2021

 

BERSAMA MENGANGKAT GAGASAN EKONOMI MANUSIAWI

 

1.             Sabtu, 27hb Februari 2021 – Fokus utama sistem ekonomi neoliberal ialah mengejar keuntungan bagi golongan pemodal dan dalam proses tersebut telah mengorbankan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Kesannya, sebahagian besar umat manusia menderita akibat kesenjangan, kemiskinan, kelaparan manakal alam sekitar juga mengalami kemusnahan. Penularan pandemik Covid-19 pada peringkat global telah menyerlahkan lagi kepincangan sistem ini.

 

2.             Justeru, Wacana Global Ekonomi Manusiawi yang dianjurkan secara dalam talian menjadi platform yang penting bagi mencari alternatif kepada sistem ekonomi arus perdana tersebut agar manfaat pembangunan dapat sama-sama dinikmati oleh majoriti penduduk bumi. Manusia harus diberi pemberdayaan untuk berperanan sebagai khalifah bagi memakmurkan bumi ini demi kesejahteraan semua warga dunia serta memulihara Planet Bumi sebagai tempat hunian.


3.      Wacana Antarabagsa Ekonomi Manusiawi ini dianjurkan oleh Forum Ekonomi Manusiawi (FEM); Institut Darul Ehsan (IDE); Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT); dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Futures Malaysia; Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Aceh, Indonesia; dan Universitas Ibn Khaldun, Bogor Indonesia.


4.      Upacara perasmian dan ucaputama telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Emeritus IIIT.


5.             YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut meluncurkan sebuah buku sulung terbitan Forum Ekonomi Manusiawi berjudul Membangun Ekonomi Manusiawi.


6.   “Bicara soal ekonomi manusiawi tidak terlepas daripada bicara soal Moral dan Etika. Dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia, sebelum bab Ekonomi yang Manusiawi, dibahaskan tentang Akhlak dan Ekonomi,” kata YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi IIIT dalam Ucapan Perasmian serta Ucaptama beliau.

 

7.         YB Dato’ Seri Anwar juga mengingatkan tentang warkah Saidina Ali kepada Malik Ashtar: “Ingatlah bahawa kelompok kecil yang menikmati kemewahan itu tidak akan menolong kamu, mereka akan menghalang tertegak keadilan, meminta lebih daripada sepatutnya dan tidak akan menghargai bantuan yang diberikan.”


8.       Sesungguhnya, ekonomi yang manusiawi berakar kepada prinsip karamah insaniyyah. Bukan bicara ‘juxtaposition of ideas’ tetapi sesuatu yang terikat dengan keyakinan bahawa agama menuntut kita menegakkan keadilan dan kemanusiaan, tidak terbatas kepada keluarga, agama, dan kaum. 


9.      Antara polisi/dasar yang dicadangkan dalam Wacana ini adalah: Membangun Ekonomi Setempat (local economy); Memperkasa Pertanian Bandar; Mengutamakan Penjagaan Kesihatan (COVID-19); Mengangkat Bank Manusiawi; Memugar Perniagaan Manusiawi; Menggalakkan Usahawan Sosial (social entrepreneur); Membekalkan Perumahan untuk Rakyat; Menjaga Alam Sekitar; serta Membangun Industri Desa dan menganjurkan perubahan gaya hidup dan perubahan model bisnes sesuai dengan Matlamat no. 12 dalam SDG ( Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa Bangsa Bersatu) iaitu Sustainable Consumption and Production atau pengunaan  dan pengeluaran lestari.


10.     Wacana antarabangsa yang diadakan buat julung kali seumpamanya ini telah di adakan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan pihak penganjur telah menyediakan perkhidmatan alih bahasa secara ” live”.


11.     Dua orang pembentang jemputan ialah Ahli Ekonomi terkenal iaitu Prof Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Prof Dr Tariqullah Khan, Profesor Ekonomi dan Kewangan Islam dari Universiti Istanbul Sabahattin Zaim, Turki). Para pendiskusi terdiri dari Prof Emeritus Dr Khoo Boo Teik (National Graduate Institute for Policy Studies, Jepun), Dato’ Freida Pilus (Presiden Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia – MSEAM), Dato’ Sri Steve Yap, Presiden Gabungan Pertubuhan Perubatan Komplementari dan Alami Malaysia (FCNMAM), dan Dr Hafas Furqani (Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Aceh, Indonesia).  Wacana antarabangsa ini telah di mudahcarakan oleh Prof Dr Saadiah Mohamad yang juga merupakan pengarah bagi Wacana Antarabangsa Ekonomi Manusiawi ini.

12.    Tn. Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail (Pengerusi FEM) telah menyampaikan Ucapan Alu-Aluan, manakala Ucapan Penghargaan disampaikan oleh Dr Hendri Tanjung (Universitas Ibn Khaldun, Bogor Indonesia) dan Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman (Timbalan Pengerusi & CEO, Institut Darul Ehsan).


13.   Video rakaman Wacana ini boleh ditonton di saluran-saluran berikut:

 


Play Video

Sekian, terima kasih.

  

Prof. Dr. Saadiah Mohamad, Pengarah, Wacana Global Ekonomi Manusiawi.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.