IDE Ramal BN Mampu Pertahankan Kerusi N.36 Pelangai

2 min read

06 Oktober 2023(Jumaat) : IDE meramalkan BN mampu mempertahankan kerusi N.36 Pelangai pada hari pengundian 07 Oktober 2023.

Berdasarkan kepada analisis awal bersumberkan kepada data keputusan PRU 15 di peringkat Parlimen dan DUN, pertandingan untuk PRK ini memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN, Datuk Amizar Abu Adam untuk menang mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh BN sebelum ini oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Peratusan keluar mengundi bagi Parlimen dan DUN PRU 15 yang lalu adalah 77.1% melibatkan 16,339 pengundi. Pada PRK kali ini SPR mendatakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) meliputi 9 Daerah Mengundi (DM) yang melibatkan seramai 16,456 pengundi. Berdasarkan kepada pola pengundian pasca PRU, bagi kebanyakan PRK, peratusan turun mengundi adalah sekitar 60%-65% yang dijangka bakal turun mengundi. Pola taburan kaum di Dun Pelangai adalah 74.3% Melayu, 18.2% Cina dan 7.5% India.

BN mempunyai 4 DM yang merupakan kubu kuat mereka berdasarkan perolehan
undi PRU 15 iaitu:

  • MANCHIS
  • SUNGAI GAPOI
  • TELEMONG
  • SUNGAI PERDAK

UNDI FELDA: Wujud 3 kawasan utama Felda di Pelangai iaitu Felda Sungai Kemasul, Felda Chemomoi dan Felda Sungai Kemahal. Pertembungan 3 Felda, majoriti Melayu ini dilihat sengit melibatkan pertembungan PN dan BN. PN mempunyai kelebihan untuk pengundi berumur 40 tahun ke bawah.

En Khairul Ariffin Munir, Pengurus Kanan Penyelidikan IDE

Semua dijemput menonton SIARAN LANGSUNG melalui pautan berikut 

Facebook

https://fb.watch/nvGvSDZdps/

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.